Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin pengerusikan kabinet jika PM tiada
Diterbitkan:  Mar 11, 2020 1:31 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

  • Dikemas kini dengan pengesahan keanggotaan Azmin dalam Bersatu.

Semua empat menteri kanan dalam jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional mempunyai kedudukan sama, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, kata Muhyiddin, semasa ketiadaannya, kabinet akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.

“Mereka semua sama, cumanya kalau tiada Azmin akan mempengerusikan mesyuarat kabinet.

“Jika Azmin tiada, (Naib Presiden Umno) Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikannya,” kata Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama beliau di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin memecah tradisi dengan tidak melantik timbalan perdana menteri tetapi empat menteri kanan bagi membantu tugasnya.

Azmin sah masuk Bersatu

Sementara itu mengulas penyertaan Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak ke dalam Parti Bersatu, Muhyiddin mengesahkannya.

Kata Muhyiddin, Bersatu telah menerima permohonan Azmin dan 10 anggota Parlimen PKR yang lain menyertai parti itu serpihan Umno itu.

“Ya, permohonan mereka telah diterima Majlis Tertinggi Bersatu untuk,”katanya.

Selain Azmin, sembilan yang lain ialah Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah, Kamarudin Jaffar, Mansor Othman, Rashid Hasnon, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin.

Santhara Kumar difahamkan akan menjadi ahli bersekutu Bersatu.

Lihat Komen
ADS