Kaukus Dewan Negara wujud 2 jawatankuasa kerja
BernamaDiterbitkan: Mar 12, 2020 9:35 PM
Mesyuarat Kedua Kaukus Dewan Negara yang bersidang hari ini bersetuju secara muafakat untuk mewujudkan Kumpulan Jawatankuasa Kerja Covid-19.
Mesyuarat yang dipengerusikan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff itu turut bersetuju untuk mewujudkan Kumpulan Jawatankuasa Kerja Kaukus Dewan Negara Undang-undang Antilompat Parti.
"Kedua-dua jawatankuasa kerja tersebut dibuat bagi membolehkan ahli-ahli Dewan Negara membantu kerajaan menangani isu-isu yang kritikal melibatkan kepentingan awam serta memberi impak kepada ekonomi dan kesihatan awam," kata Mohd Yusmadi dalam satu kenyataan hari ini.
Kaukus Dewan Negara berfungsi sebagai platform untuk memperhalusi sesuatu isu yang mempunyai kepentingan awam dan negara.
- Bernama

