AS isytihar darurat untuk cegah Covid-19
Diterbitkan: Mar 14, 2020 12:21 PM
Presiden Donald Trump pada Jumaat mengisytiharkan darurat dalam usaha negara itu mencegah penularan wabak Covid-19 di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Anadolu.
Langkah itu, menurut Trump, membolehkan beliau "menggunakan kuasa kerajaan persekutuan sepenuhnya," termasuk menyediakan dana AS$50 bilion untuk membantu negeri dan kerajaan tempatan melaksanakan langkah-langkah pencegahan.
Terdapat lebih 1,600 kes disahkan di AS dengan 47 kematian, mengikut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.