Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Boleh buka tapi pelanggan tak boleh makan di kedai'

Perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa esok membolehkan restoran atau kedai makanan untuk terus dibuka tetapi makanan mesti dibawa pulang dengan pelanggan dilarang sama sekali untuk makan dan minum di kedai berkenaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi hari ini.

Selain restoran, arahan itu juga membabitkan kedai kopi dan gerai dan kedai mamak.

Menurut Alexander, pusat membeli-belah, bazar, pasar malam dan gerai di tepi jalan yang tidak menjual barangan keperluan juga perlu ditutup selama dua minggu akan datang.

Beliau berkata tujuan Purtrajaya dalam melaksanakan perintah pergerakan terhad adalah untuk menghalang penyebaran Covid-19.

“Konsep social distancing... jangan kita pergi rayau-rayau ataupun seperti biasa, kita seharusnya buat social distancing.

“Makna, kalau terpaksa buat apa-apa aktiviti yang mungkin amat diperlukan, apa perlu buat, apa boleh buat, sebenarnya arahan ialah kita tutup di mana kalau boleh tidak terlalu terdesak, aktiviti kita jangan buat.

“Ini supaya rakyat kita lebih duduk di rumah,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Alexander bagaimanapun berkata pasar raya dan kedai runcit yang menjual barangan runcit dan keperluan akan terus beroperasi.

Mengulas mengenai pembelian panik sebelum perintah pergerakan terhad itu diumumkan malam tadi, beliau berkata terdapat bekalan barang yang mencukupi.

“Sebenarnya tidak memerlukan pembelian panik , tidak memerlukan mana-mana pihak untuk beli terlalu banyak (barangan keperluan), atau hoarding terlalu banyak atau overstocking sebab memang mencukupi bahan-bahan keperluan kita.

“Kita akan pastikan supermarket dan sebagainya sentiasa ada stock, dan kita memang memerlukan kerjasama daripada pihak peruncit dan pasar raya.

"Masalahnya ialah jika pembelian panik berlaku, ia boleh menyebabkan banyak masalah kerana semua orang berebut mendapatkannya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS