Gempa bumi kuat landa selatan Bali
Diterbitkan: Mar 19, 2020 9:47 AM
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Selatan Bali, Indonesia pada 1.45 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gempa pada kedalaman 45 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 305km selatan dari Denpasar, Indonesia.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.