Tiada wanita yang didakwa positif COVID-19 melarikan diri dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh seperti yang tular di media sosial, sejak semalam.

Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman berkata gambar yang tular kononnya seorang wanita melarikan diri dari hospital berkenan adalah tidak benar.

“Pihak hospital menafikan penularan berita tidak benar tersebut. Semakan mendapati tiada pesakit seperti yang tular di hospital ini.

“Orang ramai digesa tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

-Bernama