Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua penumpang bas bersama pesakit Covid-19 berjaya dikesan

  • Dikemas kini dengan perkembangan terbaru.

Semua penumpang bas Plusliner dari Johor Bahru ke Kuantan pada Isnin lalu bersama penghidap Covid-19 telah berjaya dikesan.

Ini selepas seorang pegawai kesihatan menasihati semua penumpang yang menaiki bas yang bertolak pada jam 7.45 petang dengan nombor pendaftaran VDJ 2367 itu tampil membuat pemeriksaan saringan kesihatan.

"Terima kasih kepada semua yang membantu share post kami pagi tadi.

"Semua penumpang telah pun menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menteri Kesihatan Adham Baba petang tadi mengesahkan terdapat pesakit yang positif wabak berkenaan menaiki bas tersebut.

Jelasnya, penumpang tersebut telah gagal mengikuti arahan untuk kuarantin diri sementara menunggu keputusan saringan kesihatannya dikeluarkan.

"keputusan ujian diambil 24 jam....sebelum tahu keputusan dia sudah bergerak," katanya.

Susulan kejadian tersebut, Adham mencadangkan agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) lebih tegas terhadap penumpang bas.

"Kita akan nasihati MKN (supaya) mereka gunakan social distancing (penjarakan sosial) dalam bas," katanya.

Bas berkenaan berlepas dari stesen Larkin, Johor Bahru dan menurunkan penumpang tersebut di Terminal Kuantan, Pahang.

Bas itu berlepas beberapa jam sebelum Putrajaya mengumumkan larangan perjalanan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut gazet persekutuan, perjalanan yang tidak penting adalah tidak dibenarkan. Sesiapa yang melanggar perintah itu boleh didenda sehingga RM1,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Lihat Komen
ADS