Taib didakwa jadi punca kekalahan SUPP
Terjemahan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan punca utama mengapa pengundi Cina menolak enam calon SUPP dalam pilihanraya negeri Sabtu lalu, kata seorang pemimpin korporat di Kuching yang mempunyai kaitan rapat dengan persatua kaum Cina.
Terjemahan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan punca utama mengapa pengundi Cina menolak enam calon SUPP dalam pilihanraya negeri Sabtu lalu, kata seorang pemimpin korporat di Kuching yang mempunyai kaitan rapat dengan persatua kaum Cina.
"Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan SUPP serta media tempatan telah membangkitkan banyak isu, termasuk pembaharuan pajakan tanah (sebagai punca kekalahan tersebut)," katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, mereka telah 'tertinggal' isu yang paling penting yang menjadi punca kekalahan calon-calon SUPP tersebut Taib.
Ahli perniagaan itu yang tidak mahu disebut namanya, menelefon malaysiakini untuk menyuarakan rasa tidak puashatinya dengan analisa media tempatan mengenai punca kekalahan teruk SUPP di tangan pembangkang (DAP) dalam pilihanraya negeri Sabtu lalu.
"Secara umumnya, rakyat menyokong BN. Mereka tahu kerajaan BN telah membawa kemajuan dan pembangunan dan mereka juga mahu BN terus memerintah," tegasnya.
Bagaimanapun, tambahnya, mereka tidak dapat menerima bahawa satu orang telah dibenarkan mempunyai begitu banyak kuasa dan keadaan ini, jika tidak ditangani, boleh membawa lebih banyak kerosakan kepada Sarawak dan rakyatnya.
Pemimpin korporat tersebut berkata, masyarakat perniagaan sudah mula mempersoalkan mengapakah hanya sedikit sahaja pelaburan terus asing yang masuk ke Sarawak.
Katanya, ini ada kaitan dengan hakikat bahawa kuasa untuk meluluskannya di Sarawak terletak di tangan satu dua orang sahaja.
Tidak hirau petanda
Sementara itu, seorang profesional yang terbabit dalam perniagaan hartanah berkata walaupun petandanya sudah ada tetapi pemimpin SUPP tidak menghiraukannya.
Presiden SUPP, Datuk Dr George Chan telah menyalahkan kegiatan pertaruhan sebagai punca prestasi buruk partinya manakala seorang lagi Naib Presiden SUPP, Datuk Peter Chin pula berkata, ia disebabkan oleh kesilapan memilih calon.
Analisa media tempatan menyebut, faktor penyumbang kepada kekalahan SUPP ialah kegagalan parti itu untuk meyakinkan rakyat mengenai pembaharuan semula pajakan tanah mereka, kadar premium yang tinggi, kenaikan harga minyak serta kemudahan infrastruktur yang tidak memuaskan.
Keputusan DAP memberi peluang kepada calon-calon muda untuk bertanding dalam pilihanraya negeri Sabtu lalu juga disebut sebagai salah satu sebab kemenangan besar parti pembangkang itu.
Sewaktu kempen pilihanraya, SUPP menjadi sasaran parti pembangkang yang menuduh parti komponen BN itu gagal menyuarakan masalah penduduk, selain turut membangkitkan isu mengenai rasuah dan kroni terutama yang didakwa membabitkan ketua menteri.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.