Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kelantan sumbang RM300 kepada golongan B40 dikuarantin, positif Covid-19

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob hari ini memberikan butiran awal mengenai peruntukan khas sebanyak RM5 juta, yang diumumkannya semalam bagi meringankan beban rakyat yang terkesan, akibat wabak Covid-19.

Ahmad, dalam satu kenyataan berkata ia membabitkan bayaran sebanyak RM300 bagi satu keluarga pesakit yang positif Covid-19, daripada kalangan B40.

"(Selain itu) bayaran sebanyak RM300 bagi satu keluarga kepada golongan B40, yang diletakkan di bawah pengawasan berpusat kerana Covid-19.

"Bayaran sebanyak RM500 kepada waris mangsa Covid-19 yang meninggal dunia dan bukan merupakan peserta Skim Kifaalah Kerajaan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pembayaran akan diberikan kepada keluarga mangsa.

-Bernama

Lihat Komen
ADS