Kelantan tangguh sidang DUN ke April - Speaker
Diterbitkan: Mar 22, 2020 10:22 AM
DUN KELANTAN | Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual bermula esok selama empat hari, ditangguhkan ke bulan April, kata Speaker DUN Kelantan Abdullah Ya'kub.
Beliau berkata penangguhan itu diputuskan oleh kerajaan negeri selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sejak 18 hingga 31 Mac ini.
“Kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan persidangan DUN pada 12 dan 13 April ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu, hari ini.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.