Operasi kedai makan, stesen minyak di Perak dari 7 pagi - 7 malam saja
Diterbitkan: Mar 23, 2020 1:15 PM
Semua premis kedai makan termasuk yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu di seluruh Perak diarah beroperasi mulai 7.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja bermula hari ini bagi mengekang penularan COVID-19.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata arahan sama turut terpakai kepada semua kedai runcit, kedai serbaneka termasuk yang beroperasi 24 jam serta stesen minyak.
Beliau mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.
- Bernama

