Laporan Suhakam tidak sentuh isu kanak-kanak pelarian
Terjemahan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak membuat rujukan secara langsung terhadap isu kanak-kanak pelarian dalam laporannya yang dilancarkan semalam bagi mengelak daripada menyinggung kerajaan, kata para pengkritik.
Terjemahan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak membuat rujukan secara langsung terhadap isu kanak-kanak pelarian dalam laporannya yang dilancarkan semalam bagi mengelak daripada menyinggung kerajaan, kata para pengkritik.
Kata mereka, laporan mengenai "Mengurangkan Keganasan, Kecederaan dan Eksploitasi Kanak-Kanak" itu sebaliknya mendesak kerajaan supaya menangani masalah kanak-kanak tanpa negara, yang menurut mereka, tidak sama dengan isu kanak-kanak pelarian.
Para pegawai Suhakam mengakui bahawa ia tidak menyertakan bersama perakuan-perakuan khusus bagi menangani keperluan kanak-kanak pelarian itu kerana 'ianya isu sensitif".
"Ia dalah isu dasar yang kami tidak mahu sentuh. Kerajaan agak sensitif mengenainya," kata seorang pesuruhjaya Suhakam yang tidak mahu namanya disebut.
Dianggarkan terdapat 4,600 kanak-kanak pelarian berada di Malaysia yang tidak layak mendapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan kerana status mereka tidak diiktiraf.
Laporan tersebut yang dilancarkan bersama oleh Suhakam dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), mengandungi 14 syor kepada kerajaan untuk memperbaiki hak-hak kanak-kanak di Malaysia.
Salah satu syor tersebut ialah menyarankan penubuhan sebuah 'Biro Penduduk, Pelarian dan Pendatang' bagi menangani masalah mereka yang tiada negara dan memastikan "semua kanak-kanak didaftar ketika lahir dan diberi kerakyatan jika tidak mempunyai kerakyatan".
Tiada syor
Syor yang lain mendesak pihak berkuasa supaya menempatkan kanak-kanak secara berasingan daripada orang dewasa apabila mereka ditempatkan di pusat tahanan. Pada masa ini, semua mereka diletakkan dalam tempat tahanan yang sama.
Seorang peserta yang hadir di majlis pelancaran laporan tersebut membangkitkan ketiadaan syor yang jelas kepada kerajaan mengenai isu tersebut, atau pengiktirafan terhadap kanak-kanak pelarian."
"Kanak-kanak pelarian ini adalah antara golongan yang paling dieksploitasi di negara ini," katanya.
Beliau juga tidak senang kerana Suhakam secara tersirat, telah menerima penahanan kanak-kanak, walaupun dengan syarat mereka ditempatkan secara berasingan daripada tahanan dewasa.
"Kanak-kanak tidak boleh ditempat dalam tahanan," katanya.
Kanak-kanak tanpa negara ini ditakrifkan sebagai kanak-kanaka yang mana ibu bapa mereka sama ada telah kehilangan dokumen penting bagi membuktikan status mereka, ataupun mereka tidak dapat memperolehinya sendiri.
Ramai kanak-kanak daripada masyarakat India dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, serta masyarakat orang asal di Sabah dan Sarawak, terbabit dalam permasalahan ini.
Pendatang tanpa izin
Bagaimanapun, terdapat satu lagi golongan kanak-kanak sebahagian besarnya dilahirkan di Malaysia yang mana ibu bapa mereka sama ada pelarian atau pendatang tanpa izin.
"Kanak-kanak pelarian agak berbeza sedikit daripada kanak-kanak tanpa negara mereka bukan tidak mempunyai kerakyatan, tetapi datang mencari suaka di Malaysia" kata Pegawai Perhubungan Luar Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Yante Ismail.
"Mereka tidak semestinya sama dengan yang lain," katanya.
Kerana status mereka tidak diiktiraf, maka sebahagian besar kanak-kanak seperti pelarian Rohingya dari Burma, pelarian Aceh dari Indonesia dan pelarian Moro dari Filipina, kini membesar di jalanan di bandaraya utama di Malaysia tanpa pendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Walaupun Malaysia turut menandatangani Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) 1989 tetapi ia tidak mengesahkan Konvensyen PBB Berkaitan Status Pelarian 1951.
Oleh itu, pihak berkuasa imigresen tidak membezakan antara seorang yang mencari suaka daripada konflik atau dakwaaan, dengan pendatang yang berada di sini kerana masalah ekonomi.
"Mengenai kanak-kanak Rohingya misalnya, penyelesaian jangka panjang perlu dicari kerana mereka yang sedang membesar di Malaysia dan tidak dapat pulang ke negara asal mereka, dinafikan hak-hak asas mereka untuk mendapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan," kata Yante.
Biro pelarian
Menurutnya, tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberi permit kerja kepada pelarian Rohingya dan membenarkan anak-anak mereka ke sekolah.
Walaupun UNHCR mengalu-alukan keputusan tersebut, dianggarkan 11,000 masyarkat Rohingya masih menunggu pelaksanaan keputusan tersebut.
"Mereka yang berusia 17 an 17 tahun kini membesar tanpa tahu mambaca atau menulis," kata Yante.
Pegawai pegawsai UNHCR itu enggan mengulas mengenai (laporan) Suhakam tersebut yang tidak menyentuh mengenai hak kank-kanak pelarian.
Bagaimanapun, Yante berkata, UNHCR menyokong cadangan penubuhan biro untuk pelarian.
Katanya, UNHCR mencadangkan supaya ruanglingkup biro tersebut turut "meliputi semua pelarian, pencari suaka dan mereka tanpa negara." Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.