Malaysiakini
BERITA

Kanak-kanak penghidap leukemia positif Covid-19

N Faizal Ghazali

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Mac 2020, 10:13 pagi
  • KEMAS KINI: Laporan ini dikemas kini dengan sedikit pembetulan. Muhamad Fateh bukan pesakit Covid-19 termuda. KKM sebelum ini mendedahkan seorang bayi berusia 12 hari merupakan pesakit termuda yang dijangkiti virus itu di negara ini.

Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee, kanak-kanak berumur dua tahun empat bulan yang menghidap leukemia kini terpaksa pula 'bertarung' dengan Covid-19 setelah disahkan dijangkiti virus itu.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona) melalui satu hantaran di Facebook, semalam.

"Mohon doakan anakanda Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee, 2 tahun 4 bulan yang disahkan positif virus Covid-19.

"Fateh, penghidap kanser darah leukemia, sepatutnya menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti Covid-19.

"Mohon didoakan agar anakanda Fateh sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya," kata Pesona.

Terdahulu hantaran tersebut tular di media sosial dengan perkongsian hampir 1,000 kali selepas dimuat naik di Facebook.

Sementara itu sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan jangkitan Covid-19 Muhammaf Fateh kepada Malaysiakini, hari ini.

"Ya, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Dia dijangkiti (Covid-19) melalui keluarga," kata sumber yang enggan namanya disiarkan.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.