Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKS diberi kelonggaran pinjaman, penangguhan pembayaran cukai pendapatan
Diterbitkan:  Mar 27, 2020 5:31 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Kerajaan Persekutuan akan menyediakan lebih banyak kelonggaran pinjaman kepada Perindustrian Kecil Sederhana (PKS) selain memberikan penangguhan cukai, sebagai langkah mengurangkan kesan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Berikut adalah pengumuman pakej-pakej khas berkaitan PKS:

  • Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020. Ini adalah tambahan kepada langkah yang diumumkan terdahulu di mana Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020.
  • Subsidi upah sebanyak RM600 sebulan untuk tiga bulan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Januari 2020 dengan memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan
  • Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility (SRF) untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%. SRF dilancarkan pada Februari.
  • Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.
  • Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman. Skim ini dilancarkan pada 2019.
  • KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan. Langkah ini dijangka memberikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion.
  • Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.
  • Diskaun bil elektrik.
Lihat Komen
ADS