Jordan sahkan kematian pertama Covid-19
Diterbitkan: Mar 28, 2020 11:39 AM
Jordan mencatatkan kes kematian pertama COVID-19 pada Sabtu membabitkan wanita berusia 83 tahun, kata pengarah Hospital Prince Hamza di Amman, Abdulaziz al-Khashman.
Al-Khashman berkata mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik, lapor agensi berita Anadolu memetik agensi berita Petra.
Jumlah rasmi kes Covid-19 di Jordan sebanyak 235.
Jurucakap kerajaan Amjad Al Adailah berkata perintah berkurung di seluruh negara dikuatkuasakan bermula 21 Mac.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.