BERITA

Mangsa 'bunuh diri' bukan pesakit Covid-19

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Mac 2020, 9:56 pagi

Seorang pesakit yang dilaporkan membunuh diri semalam diuji negatif jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

"Ia bukan pesakit Covid-19, ujian negatif. Ya, ia adalah kes bunuh diri, ada laporan bunuh diri, tetapi bukan pesakit Covid-19," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.

Kes tersebut dilaporkan berlaku di Hospital Serdang semalam.

Malaysiakini tidak menyiarkan bagaimana cara mangsa membunuh diri kerana ia melanggar garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Mereka yang mahu mendapatkan bantuan boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di 03-79568145 atau e-mel [email protected]

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah mewujudkan talian hotline bagi sokongan psikososial untuk petugas barisan hadapan dan mereka yang terjejas oleh wabak Covid-19.

Talian hotline dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang di 011-63996482, 011-63994236, atau 03-9359935. 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.