Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Korban di Itali lepasi 10,000, lebih 92k positif
Diterbitkan:  Mar 29, 2020 8:32 AM
Dikemaskini: 1:07 AM

Korban wabak Covid-19 di Itali telah melepasi angka 10,000 nyawa pada Sabtu, menjadikan perintah penutupan di negara itu kemungkinan besar akan dilanjutkan, lapor media antarabangsa.

Pihak berkuasa Itali dipetik Reuters berkata seramai 889 orang meninggal dunia dalam masa 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 10,023 orang.

Kes positif yang disahkan meningkat kira-kira 6,000 menjadi 92,472 kes, jumlah kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Jumlah jangkitan ini barangkali akan lebih buruk lagi jika perintah penutupan seluruh negara tidak dilaksanakan, kata pihak berkuasa lagi.

"Tanpa langkah ini, kita akan melihat jumlah yang jauh lebih teruk dan perkhidmatan kesihatan kami akan berada dalam keadaan yang jauh lebih dramatik. 

"Kami akan berada dalam keadaan yang tidak dapat dikendalikan," kata Pengarah Perlindungan Awam Itali, Angeli Borelli yang setiap hari menyampaikan kepada pihak media perkembangan Covid-19 di negara itu.

Itali, negara pertama di Barat yang memperkenalkan perintah sekatan ketat terhadap pergerakan selepas wabak itu mula menular lima minggu yang lalu.

Sejak itu, jangkitan Covid-19 terus meningkat di Itali dan harapan perintah penutupan akan berakhir pada Jumaat depan terus pudar dengan mengambil kira perkembangan terkini.

"Terdapat unsur-unsur yang membuat kami percaya bahawa tarikh tamat tempoh (perintah itu pada) 3 April akan ditangguhkan," kata Menteri Industri Stefano Patuanelli kepada media penyiaran Itali, Rai.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS