mk-logo
Berita
Pakej rangsangan: PM perlu panggil sidang tergempar parlimen - Ahli akademik
Diterbitkan:  Mar 29, 2020 12:03 PM
Dikemaskini: 4:13 AM

Sekumpulan ahli akademik, budayawan dan aktivis menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan parti pembangkang mengadakan sidang tergempar parlimen bagi membahaskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion yang diumumkan pada Jumaat lalu.

Kumpulan terdiri daripada hampir 50 warga prihatin itu termasuklah bekas MP Taufik Ismail, sarjana Terence Gomez, Sharifah Munirah Alatas, Wong Chin Huat dan Zaharom Nain serta bekas duta Dennis Ignatius and M Santhananaban.

Menurut mereka, kerajaan perlu mendapatkan mandat yang sewajarnya sebelum melaksanakan sesuatu dasar.

"Dengan pengakuan perdana menteri sendiri, kerajaannya tidak diundi secara sah oleh rakyat.

"Oleh itu, kerajaan mesti mendapatkan mandat yang betul daripada semua ahli parlimen dalam cara yang tidak berpihak kepada parti politik supaya pakej rangsangan itu diluluskan.

"Prosedur sedemikian telah diikuti oleh kerajaan yang dipilih secara sah di seluruh dunia," kata kumpulan itu.

Ia menggesa supaya sidang tergempar parlimen dipanggil pada kadar segera.

Dewan Rakyat yang pada mulanya dijadualkan pada 9 Mac telah ditangguhkan ke 18 Mei tidak lama selepas Muhyiddin mengambil alih jawatan perdana menteri.

"Perincian pakej rangsangan mesti dibahaskan dan dipinda sepenuhnya demi faedah semua rakyat Malaysia, tanpa mengira darjat (class), etnik dan latar belakang sosial.

"Kami amat prihatin mengenai ketelusan sumber dana dan kaedah penyampaian awam, serta aksesnya kepada rakyat yang paling memerlukan.

"Kami yakin bahawa anggota parlimen kami akan bangkit melangkaui kepentingan parti untuk merangka dan meluluskan pakej rangsangan yang betul.

"Inilah satu-satunya cara kerajaan sekarang boleh membuktikan dirinya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia," kata kumpulan itu.

Berikut senarai penuh inisiatif warga prihatin: Johan Saravanamuttu, Terence Gomez, Dr Lim Teck Ghee, KJ John, Tawfik Ismail, Johan Arriffin Samad, Dr Maznah Mohamad, Dr Mary Suma Cardosa, Sarajun Honda, Dr Subramaniam Pillay, Anil Netto, Dr Wong Soak Koon, Dr Ng Choon Sim, Rosli Omar, Rajah Rasiah, Zaharom Nain, Adil Johan, UKM, Tan Beng Hui, Dr Francis Loh, Dr Lee Hock Guan, Wong Chin Huat, Sharifah Munirah Alatas, Dennis Ignatius, Dr Beth Baikan, Dr Lim Mah Hui, Tan Yew Sing, David Dass, ES Shanker, Kee Thuan Chye, Amir Nordin, Dr Kenneth James, Dr Intan Osman, Mariam Mokhtar, Dr Rosa Mariam Johan, Dr Khoo Hoon Eng, Dr Goh Beng Lan, Professor Sharmani Gabriel, Ann Lee, Dr Benjamin Loh, Dr Azmil Tayeb, Steven BE Fung, Syed Ahmad Aidid, Kuok Khoon Peng, Lu Kim Phin, M Santhananaban, Dr Prema Devaraj, Beverly Joeman dan Dr Latif Kamaluddin.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS