Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penafian terhadap berita palsu Covid-19 yang tular hari ini

Berikut senarai penafian berita tular di media sosial oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.

  • Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pembayaran melalui kad dibekukan bagi perniagaan non-essentials mulai 27 Mac sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
  • Pihak Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan tentang penggunaan wad di hospital berkenaan bagi menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 walaupun telah diwartakan sebagai hospital saringan dan untuk pesakit non Covid-19.
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan posting berkaitan penjualan pakaian bundle milik orang yang telah meninggal dunia akibat Covid-19.

-Bernama

Lihat Komen
ADS