BERITA

Covid-19 mungkin bunuh hingga 200,000 orang di AS

Bernama

Diterbitkan

Amerika Syarikat mungkin menyaksikan kematian sehingga 200,000 orang akibat wabak Covid-19 dan berjuta-juta lagi dijangkiti, kata seorang pegawai penyakit berjangkit pada Ahad.

"Melihat kepada keadaan sekarang, kita dijangka menyaksikan antara 100,000 hingga 200,000 kematian," kata pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Dr Anthony Fauci kepada CNN.

"Kita juga bakal menyaksikan berjuta-juta kes," lapor agensi berita Anadolu.

Fauci berkata unjuran boleh berubah memandangkan wabak penyakit itu seperti "sasaran bergerak".

Pada Ahad, sekurang-kurangnya 2,197 orang meninggal dunia dan jumlah jangkitan meningkat kepada 125,300, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Kes kematian pertama di AS dilaporkan pada 29 Februari di Washington. Kini negeri itu mencatatkan jumlah korban seramai 136 orang.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.