Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Wakil pembangkang akan dapat RM100k untuk tangani Covid-19'
Diterbitkan:  Mar 30, 2020 11:53 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Ahli Parlimen Subang Wong Chen hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM100,000 kepada ahli parlimen pembangkang dalam menangani krisis Covid-19.

Ini selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN ) sebelum ini memotong peruntukan tahunan ahli parlimen pembangkang, dasar yang sama diambil oleh Pakatan Harapan ketika mereka berkuasa.

"Kami baru saja menerima pengesahan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa sejumlah RM100,000 akan diberikan kepada semua ahli parlimen pembangkang untuk menangani krisis Covid-19," kata Wong Chen dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi e-mel pengesahan yang meminta wakil rakyat pembangkang mengemukakan projek atau program yang mereka mahu kerajaan pusat membiayainya.

Wong berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawainya untuk mencari cara terbaik untuk mengedarkan bantuan itu dan juga melibatkan Adun dan pemimpin masyarakat di kawasannya.

"Kami juga akan mematuhi peraturan kerajaan tentang bagaimana dan cara kami membelanjakannya.

"Oleh itu, pegawai dan saya akan melihat proses dan prosedur berkenaan pagi ini," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS