Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Waktu operasi hanya 8 pagi hingga 8 malam'
Diterbitkan:  Mar 30, 2020 3:17 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata gerai dan restoran serta perkhidmatan penghantaran makanan juga perlu beroperasi pada waktu yang sama dalam tempoh fasa kedua itu.

“Pihak kerajaan menggalakkan supaya orang ramai menggunakan pembelian secara dalam talian dan kita nasihatkan supaya mengelak daripada bersemuka dengan pihak yang menghantar barangan itu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri, menegaskan walaupun sekatan dipertingkat, ia berbeza dengan keadaan di Simpang Renggam, Johor dan Hulu Langat, Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mana penduduk tidak dibenarkan sama sekali keluar dan orang luar langsung tidak dibenarkan masuk di kawasan berkenaan.

Malah, beliau berkata situasi sekatan itu juga jauh berbeza dengan perintah berkurung seperti yang diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Pada tahap kedua ini kita percaya ia tentu berbeza, ingin saya tegaskan sekatan di fasa kedua masih benarkan pergerakan, kedai-kedai masih dibuka seperti biasa cuma mungkin daripada kawalan masa," katanya.

Selain waktu operasi premis perniagaan, Ismail Sabri berkata dalam fasa kedua berkenaan, waktu operasi kenderaan juga akan dikawal.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri, menegaskan walaupun sekatan dipertingkat, ia berbeza dengan keadaan di Simpang Renggam, Johor dan Hulu Langat, Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mana penduduk tidak dibenarkan sama sekali keluar dan orang luar langsung tidak dibenarkan masuk di kawasan berkenaan.

Malah, beliau berkata situasi sekatan itu juga jauh berbeza dengan perintah berkurung seperti yang diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Pada tahap kedua ini kita percaya ia tentu berbeza, ingin saya tegaskan sekatan di fasa kedua masih benarkan pergerakan, kedai-kedai masih dibuka seperti biasa cuma mungkin daripada kawalan masa," katanya.

"Insya-Allah, esok ada beberapa perkara penting yang akan diumumkan dari segi PKP fasa kedua ini," katanya.

Namun katanya, larangan PKP fasa kedua ke atas rumah-rumah ibadat tetap tidak akan ditarik balik mahupun dilonggarkan.

"Sama sahaja. Di rumah ibadat kita masih lagi tidak benarkan untuk (orang ramai berkumpul), macam di masjid misalnya untuk solat Jumaat masih kekal. Solat jemaah juga masih kekal tidak benarkan setakat ini.

"Bukan sahaja di masjid tetapi juga di semua rumah ibadat melibatkan semua agama, gereja-gereja misalnya pada hari minggu tidak dibenarkan berhimpun atau pun berada secara berkumpulan.

“Begitu juga di kuil-kuil Hindu, di tokong-tokong dan sebagainya. Ia merangkumi semua agama,bukan untuk Islam semata-mata," katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP yang dikuatkuasa 18 Mac lalu dan sepatutnya berakhir esok (31 Mac) dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Lihat Komen
ADS