Myanmar catat kematian pertama Covid-19
Diterbitkan: Mar 31, 2020 2:48 PM
Myanmar pada Selasa melaporkan kes kematian pertama akibat penyakit Covid-19, membabitkan pesakit kanser nasal, lapor agensi berita Anadolu.
Berusia 69 tahun, warga Myanmar itu sebelum ini pernah menerima rawatan di Australia selama sebulan dan kembali ke Yangon pada 14 Mac.
Kementerian Kesihatan dan Sukan berkata beliau meninggal dunia pada Selasa pagi di sebuah hospital di Yangon.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.