BERITA

Rakyat Malaysia pulang dari luar negara akan dihantar ke pusat kuarantin - MKN

Diterbitkan
Dikemaskini 31 Mac 2020, 8:11 pagi

Semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu dikuarantin di fasiliti yang dikendalikan oleh kerajaan selama 14 hari bermula 3 April.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara hari ini memandangkan trend di sesetengah negara, seperti China, yang telah menyaksikan penurunan dalam jangkitan tempatan tetapi peningkatan dalam kes import Covid-19.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan dibawa ke pusat kuarantin dengan bas.

"Saya menasihatkan semua keluarga supaya tidak menjemput sesiapa dari lapangan terbang dan dibawa ke pusat kuarantin," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata bahawa mereka yang berada dikuarantin masih boleh berhubung dengan ahli keluarga mereka.

Ismail juga menyarankan agar rakyat Malaysia yang ke luar negara untuk tinggal sementara di negara berkenaan jika boleh berbuat demikian manakala yang lain mungkin dibawa pulang dengan penerbangan yang disewa kerajaan.

Setakat ini, China telah melaporkan 771 kes jangkitan Covid-19 yang diimpot manakala Wuhan, bandar di mana virus itu berasal, tidak melaporkan sebarang kes baru jangkitan tempatan.

Sementara itu, Ismail berkata jumlah tangkapan bagi perintah kawalan pergerakan (MCO) semalam adalah 742, turun dari 828 hari sebelumnya.

"Saya berharap trend ini berterusa. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menyedari keperluan untuk mematuhi perintah kerajaan," katanya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.