Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jemilah Mahmood dilantik penasihat khas kesihatan awam PM
Diterbitkan:  Mar 31, 2020 4:26 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Aktivis kemanusiaan Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai penasihat khas kepada perdana menteri mengenai kesihatan awam.

Dalam kiriman di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan tahniah kepada pengasas Mercy Malaysia itu, dengan menyertakan gambar Jemilah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Tahniah kepada Tan Sri Dr@JemilahMahmood atas pelantikannya sebagai penasihat khas kepada perdana menteri Malaysia mengenai kesihatan awam.

"Pelantikan ini tepat pada masanya dan dengan pengalaman anda, saya percaya kita boleh membuat perubahan besar dalam penjagaan kesihatan di Malaysia," kata Noor Hisham.

Jemilah kemudian membalas dengan berkata: "Anda boleh bergantung kepada saya Hisham, sekali menjadi guru selamanya guru, bukan?," kata Jemilah.

Untuk rekod, kerjaya awal Jemilah termasuk berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang obstetrik dan ginekologi di Fakulti Perubatan UKM hingga 1995.

"Terima kasih banyak untuk kepercayaan dan tanggungjawab besar yang diberikan.

"Saya akan melakukan yang terbaik untuk menyokong semua kementerian, agensi dan pertubuhan termasuk sektor swasta dan masyarakat sivil supaya Malaysia akan memimpin dalam penjagaan kesihatan, tetapi pertama sekali kita akan mengatasi Covid-19 bersama-sama," katanya.

Sejak Januari 2016, ibu kepada dua anak itu telah berkhidmat sebagai

Ketua Setiausaha di Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC).

Disember lalu, Jemilah, 60, menjadi rakyat Malaysia pertama yang mendapat penghargaan Asean Prize 2019, yang disampaikan oleh Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-ocha.

Lihat Komen
ADS