Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KKM akan beri panduan pada majlis daerah cara pembasmian Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah berkata kementeriannya akan melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan majlis daerah  yang lain mengenai cara yang betul untuk menjalankan kerja pembasmian kuman dalam memerangi Covid-19.

Beliau berkata demikian selepas diminta menjawab kritikan oleh beberapa pakar perubatan terhadap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang antara lain, menyembur cecair nyahkuman di jalan raya.

"Kita ucapkan terima kasih kepada DBKL, KPKT dan majlis daerah kerana membantu KKM nyahcemar kawasan dan nyacemar kuman di tempat umum.

"Tetapi mungkin kita akan melihat bagaimana kita boleh mengikut SOP KKM, apa yang patut buat apa yang tak patut buat.

"Jadi kita akan berkomunikasi dan berhubung dengan DBKL, KPKT dan majlis daerah untuk kita beri panduan nyaycemar kawasan tersebut.

"Mungkin mereka laksaknakan lebih awal sebelum KKM memberikan garis panduan. Contohnya menggunakan bahan kimia yang telah dipersetujui WHO dan juga cara kita laksanakan.

"Ini isu pelaksanaan. KKM akan memberi mereka panduan cara yang betul untuk melakukannya," katanya.

Pakar-pakar kesihatan sebelum ini berkata penyembur cecair nyahkuman di jalan raya adalah satu pembaziran sumber dan masa kerana sasaran seharusnya menjadi kawasan yang biasa disentuh oleh orang ramai.

Dalam sidang medianya, Noor Hisham juga berkata salah satu faktor kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun dijangkiti Covid-19 adalah mereka mungkin terdedah kepada seseorang dari kelompok tabligh atau mungkin salah seorang ahli keluarga mereka dijangkiti terlebih dahulu.

"Mungkin faktor keluarga juga, seperti dalam gelombang pertama, antara keluarga, ketika mereka bercuti sebagai keluarga, mungkin seluruh keluarga akan dijangkiti.

"Setakat ini, semuanya (kanak-kanak) stabil, 80 peratus daripada semua mangsa stabil, positif tetapi tanpa gejala atau positif tetapi dengan gejala ringan," katanya.

Noor Hisham memaklumkan bahawa pesakit termuda yang disahkan posiftif Covid-19 ialah seorang bayi berusia 18 bulan yang dijangkiti oleh ahli keluarganya yang menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
Lihat Komen
ADS