Kematian akibat Covid-19 kini lebih 40,000 orang
Diterbitkan: Apr 1, 2020 11:07 AM
Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini meningkat melebih 40,000 orang pada Selasa.
Kes yang disahkan pula melebihi 823,000, menurut Universiti Johns Hopkins, lapor agensi berita Anadolu.
Sehingga kini kebih 174,000 orang yang didiagnosis dengan virus itu pulih.
Wabak itu turut menjejaskan sekurang-kurangnya 179 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal negara paling teruk terjejas.
Amerika Syarikat melaporkan kes paling tinggi - lebih 165,000 - dengan 3,178 kematian.
Itali pula mencatatkan korban teramai dengan 11,591 kematian, diikuti Sepanyol 8,260 dan China 3,309 manakala Iran 2,898 orang.
- Bernama

