Polis Thailand memberi amaran supaya orang ramai tidak menjadikan Hari April Fool sebagai alasan untuk menyebarkan berita palsu, di tengah-tengah penularan Covid-19, lapor agensi berita Thailand (TNA).

"Berita palsu boleh mengelirukan masyarakat dan memberi kejutan terutamanya semasa wabak Covid-19 melanda," kata Timbalan jurucakap Polis Diraja Thailand Kolonel Kritsana Pattanacharoen.

Mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau denda sehingga 40,000 baht kerana melanggar perintah eksekutif pentadbiran awam ketika darurat, hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga 100,000 baht.

Amaran sama turut disuarakan Timbalan Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Teknologi Kolonel Siriwat Deepor.

Beliau berkata lawak April Fool dilarang semasa krisis Covid-19 kerana kerajaan sedang melaksanakan langkah-langkah ketat untuk mengawal penyakit itu.

-Bernama