Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penternak dakwa terpaksa ‘buang harga' ayam semasa PKP

KORONAVIRUS l Walaupun harga telur melambung naik, namun industri daging ayam pula mengalami nasib berbeza sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 31 Mac lalu.

Menurut bekas ketua unit ayam, Persekutuan Persatuan Penternak-penternak Malaysia (FLFAM) Yap Kim Hwah, 2,500 penternak di negara ini terperangkap dengan pelasanaan PKP itu.

"Sebelum ini, terdapat permintaan besar di tapak pembinaan, kilang dan sekolah. Sekarang, semua itu ditutup kerana Covid-19.

"Dan rakyat hanya membeli barang keperluan dan makanan di pasar raya. Mereka mahu menjimatkan wang," kata Yap kepada Malaysiakini.

Meskipun sesetengah penternak memutuskan untuk menyembelih ayam sendiri, membekukannya sebelum menjual dalam talian, ramai yang terpaksa menjual secara pada harga yang rendah.

"Ada yang menjual pada harga semurah RM2 sekilogram sedangkan kos menternak ayam adalah kira-kira RM6," kata Yap, yang telah berkecimpung dalam industri itu selama 40 tahun.

Beliau berkata industri penternakan ayam telah kehilangan jutaaan ringgit sepanjang pelaksanaan PKP.

Justeru, beliau menyeru kerajaan untuk membantu mereka dengan menggalakkan rakyat supaya “makan ayam murah".

Yap berkata adalah penting untuk menyelesaikan masalah ayam yang tidak terjual itu kerana penternak akan mengurangkan pengeluaran pada bulan-bulan mendatang termasuk semasa Ramadan dan Syawal.

Presiden FLFAM, Tan Chee Hee, yang turut menternak ayam, berkata sesetengah pihak dalam industri itu telah melakukan "jualan panik" susulan pengumuman PKP memandangkan jumlah pasar yang dibuka menjadi terhad.

Tidak seperti Yap, Tan percaya bahawa permintaan untuk bekalan ayam tetap sama.

Tan berkata FLFAM telah mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi subsidi kepada industri ayam dan pengecualian cukai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS