Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri dan mantan menteri Wilayah bertekak di Twitter
Diterbitkan:  Apr 2, 2020 9:46 AM
Dikemaskini: 1:46 AM

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dan mantan menteri, Khalid Samad bertikam lidah di Twitter semalam.

Pertelingkahan itu tercetus kira-kira jam 8.40 malam apabila Khalid memberi respons terhadap satu ciapan oleh Annuar berhubung penggunaan dron untuk mensanitasi dan membasmi kuman bangunan-bangunan tinggi dan jalan di Kuala Lumpur.

Pada 31 Mac, Annuar memuat naik gambar sebiji dron sedang terbang, berlatarbelakangkan bangunan berkembar Petronas, manakala beliau dan beberapa pegawai lain dilihat menyaksikan dari bawah.

 Ciap Annuar, ia adalah untuk menguji kesesuaian penggunaan dron untuk kerja sanitasi dan membasmi kuman di kawasan bandar raya.

“Kerja ini perlu dilakukan secara meluas (extensive) termasuk di bangunan tinggi dan jalan-jalan serta tempat awam,” ciap anggota Parlimen Ketereh itu lagi.

Khalid kemudiannya mengulas ciapan Annuar itu, dan berkata dia berharap kenyataan Annuar itu adalah “berita palsu”.

“Aduuuuh. Harap-harap fake news. Takkan bangunan dan jalan nak disanitisenya? Aduuuuh…” ciap Khalid di Twitter.

 Ini menyebabkan Annuar, membidas Khalid beberapa jam kemudian dalam satu ciapan lain, berkata bahawa yang dilakukan semalam bukanlah kerja sanitasi, tetapi demonstrasi oleh pihak yang mencadangkan agar dron digunakan untuk tujuan berkenaan.

“Lid Oi.. itu bukan sanitise.. Itu demo oleh pihak ygyang mencadangkan supaya kita guna drone.. kita jangan terima bulat-bulat mcm nak beli tanah Kampung Baru.. kita kaji dulu Lid,” balas Annuar dalam ciapannya.

Sejak 7.40 pagi tadi, ciapan Annuar itu mendapat 356 respons suka dan 109 ulang cap, sementara ciapan Khalid mendapat 279 respons suka dan 40 ulang ciap.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS