Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM akan umum pakej rangsangan PKS jika diluluskan Kabinet - MOF

Kementerian Kewangan sedang memperhalusi sebuah pakej rangsangan khas bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membantu kesukaran yang dialami oleh industri tersebut pada masa ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata cadangan pakej rangsangan pelbagai bentuk yang dirangka khas untuk PKS tersebut akan dibawa ke Kabinet minggu depan.

"Pakej tambahan ini menunjukkan kita responsif terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh PKS.

“Oleh itu, Kementerian Kewangan akan mengemukakan cadangan di Kabinet dan jika cadangan tersebut diluluskan, Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada minggu depan," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama TV3 hari ini.

Katanya pakej rangsangan khas itu dirangka selepas mengadakan beberapa perjumpaan antara Kementerian Kewangan dan wakil PKS yang turut melibatkan perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corp untuk mendapatkan cadangan terakhir.

Beliau berkata dalam pakej rangsangan tersebut, Kementerian Kewangan akan melihat spektrum syarikat di Malaysia secara menyeluruh termasuk keperluan PKS dan syarikat mikro untuk dibantu.  

- Bernama

Lihat Komen
ADS