Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jawab kekeliruan 'direct debit', CIMB kata ada transaksi ditukar label
Diterbitkan:  Apr 4, 2020 12:35 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

CIMB hari ini menjelaskan pihaknya menukar label transaksi tertentu oleh pemegang kad debitnya kepada 'direct debit' (debit langsung) di maklumat akaun mereka.

Dalam ciapan di Twitter hari ini, CIMB berkata setiap transaksi 'direct debit' tersebut adalah sah yang telah dibuat pelanggan.

Kenyataan bank tersebut sebagai respons kepada sejumlah pemegang akaun yang mempersoalkan pemotongan dalam akaun mereka.

"Insiden terpencil ini berkenaan dengan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara, seperti langganan/perkhidmatan penstriman dalam talian.

"Bagaimanapun, transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai 'direct debit', menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan kami.

"Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan yang terbabit secara langsung," kata laman Twitter CIMB Assists.

Bagaimanapun, sejumlah pengguna Twitter menolak penjelasan itu, dan membangkitkan jumlah yang dipotong sebagai "direct debit" berbeza dengan bayaran langganan yang dibuat mereka.

Mereka juga menyangkal kenyataan CIMB yang menyifatkan perkara itu sebagai "insiden terpencil".

Menurut tangkap layar transaksi yang dikongsi pemilik akuan bank itu di Twitter, pemotongan antara RM3.94 kepada RM200.

Dalam beberapa kes tertentu, pemegang akaun membangkitkan pemotongan berganda - satu dilabel sebagai "pos debit" untuk langganan bulanan dan satu lagi pemotongan "direct debit".

Memetik respons CIMB, ada juga yang membangkitkan pemotongan dibuat walaupun kad debit mereka tidak digunakan untuk membayar langganan bulanan sebelum ini.

Lihat Komen
ADS