Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM umum subsidi gaji hingga RM1,200 bagi setiap pekerja
Diterbitkan:  Apr 6, 2020 4:37 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan”.

Katanya, pakej tambahan berjumlah RM10 bilion itu diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.

Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

• Bagi syarikat lebih 200 pekerja, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.

• Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

• Bagi syarikat bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

• Bagi syarikat bilangan pekerja sehingga 75 orang, subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

“Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

“Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari lalu dan mendaftar dengan Perkeso.

“Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.

Beliau menambah majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh enam bulan, iaitu dalam tempoh tiga bulan semasa menerima subsidi upah dan tiga bulan selepas itu.

Lihat Komen
ADS