Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Potongan cukai untuk pemilik premis kurangkan sewa
Diterbitkan:  Apr 6, 2020 5:18 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Pemilik tanah persendirian yang mengurangkan sewa dengan potongan sekurang-kurangnya 30 peratus boleh mengimbangi jumlah itu apabila membayar cukai pendapatan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Tambahan) bernilai RM10 bilion khusus untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Atas prinsip perkongsian bebanan, saya menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP (perintah kawalan pergerakan) dan tiga bulan selepas PKP berakhir.

“Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa

tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020.

“Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu mengumumkan bahawa kerajaan akan mengecualikan yuran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat kerajaan persekutuan seperti MARA, Petronas, PNB, Plus dan UDA serta beberapa syarikat milik kerajaan negeri yang telah bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS,” katanya.

Lihat Komen
ADS