Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suspek hina Agong bakal kena lapan pertuduhan
Diterbitkan:  Apr 8, 2020 1:41 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Seorang pengguna atas talian akan didakwa dengan pelbagai tuduhan kerana didakwa menghina Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Momahed berkata pengguna Twitter itu akan didakwa dengan lapan pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Penyiasatan bermula pada 28 Mac terhadap kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter ... yang memuat kata lucah dan menghina terhadap Agong.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana bertindak dengan kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

"Suspek ditahan pada 3 April dan direman sehingga 7 April. Hasil siasatan mendapati kesemua lapan hantaran menghina (Agong) dan menggunakan watak yang menyinggung dengan niat jahat," kata Huzir dalam satu kenyataan.

Suspek dijangka akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Lihat Komen
ADS