Bulan paling besar dan terang tahun ini muncul ketika perang Covid-19
‘Supermoon’ - bulan paling besar dan terang pada tahun ini muncul pada Selasa malam ketika kebanyakan negara sedang berdepan dengan sekatan pergerakan akibat Covid-19 yang telah mengorbankan puluhan ribu manusia di seluruh dunia.
Bulan penuh pada bulan ini adalah ‘supermoon’ 2020 yang paling dekat dengan bumi.
Ia juga dikenali sebagai ‘pink moon’, iaitu keadaan apabila bunga berwarna merah jambu tumbuh di beberapa tempat pada bulan ini.
Menurut seorang penduduk tempatan yang menyaksikan fenomena ini di Beijing, Ding Linlin:
“Keadaan epidemik di China bertambah baik. Ini (bulan) mewakili sesuatu yang baik… saya gembira melihatnya.”
Pihak China melaporkan, di Wuhan buat pertama kalinya tiada kematian melibatkan Coronavirus pada Selasa sejak pandemik itu bermula dan terdapat penurunan bagi kes-kes baru pada sehari sebelumnya.

