KORONAVIRUS | Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mendedahkan mereka bersedia untuk membantu pihak yang terlibat dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan pembiayaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ABM menjelaskan mereka ambil maklum tentang perlunya kelangsungan perniagaan buat PKS.

Kata ABM, jumlah keseluruhan dana khas yang diperuntukkan Bank Negara bagi PKS berjumlah RM13.1 billion dan boleh didapati melalui bank yang terlibat.

“Pada April 2, institusi kewangan meluluskan 1,300 permohonan menerusi tiga kemudahan (kemudahan bantuan khas, kemudahan Agrofood dan kemudahan Automasi dan Digital) dana BNM (Bank Negara Malaysia) buat PKS sebanyak RM682 juta.

“Ini adalah tambahan dana yang disediakan buat PKS oleh bank melalui peruntukan sendiri, dan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, bank membiayai RM42 billion dari segi kewangan kepada PKS," kata ABM.

Bagaimanapun, ABM menjelaskan bank terbabit akan mengambil masa yang agak lama untuk diproses kerana isu kawalan pergerakan (PKP) sekarang.

ABM turut menasihati syarikat PKS menghubungi Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) untuk mencari pelbagai insiatif pembiayaan yang tersedia.

Pemohon pinjaman yang tidak berjaya juga dinasihati supaya mendapatkan bantuan dari Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) atau mencari alternatif pembiayaan lain menerusi Malaysia co-Investment Fund (MyCIF).

Sektor PKS yang menggunakan kira-kira 70 peratus tenaga kerja negara mengalami kemerosotan susulan PKP yang mengarahkan semua perniagaan dianggap tidak penting agar untuk menghentikan operasi bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, Putrajaya menawarkan tiga bulan subsidi upah dan pelbagai intensif untuk pinjaman.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini mengenai wabak Covid-19 di Malaysia secara percuma disediakan Malaysiakini di sini.