Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kuantan daerah terbaru jadi zon merah
Diterbitkan:  Apr 9, 2020 11:52 AM
Dikemaskini: 6:12 AM

Kawasan zon merah Covid-19 bertambah menjadi 24 lokasi, mengikut statistik terbaru sehingga 12 tengah hari semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook, daerah terbaru zon merah ialah Kuantan.

“Teruskan duduk di rumah, amalkan penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri,” menurut status itu lagi.

Kuantan menjadi daerah kedua di Pahang yang dikategorikan sebagai zon merah selepas merekodkan 43 kes positif Covid-19.

Sebelum ini, Jerantut dimasukkan dalam kategori itu selepas merekodkan 63 kes.

Tiada zon hijau - iaitu sifar kes Covid-19 - di negeri itu.

Kawasan yang merekodkan lebih daripada 40 kes akan dikategorikan sebagai zon merah, manakala zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau (sifar kes).

Daerah yang dikategorikan zon merah dengan kes paling tinggi ialah Lembah Pantai (417 kes), Hulu Langat (361), Petaling (318), Kuching (192), Seremban (180), Kluang (175), Johor Bahru (158), Klang (134), Gombak (117) dan Kepong (107).

Selain itu, daerah zon merah yang lain ialah Titiwangsa (97 kes), Kinta (94), Kota Bharu (85), Tawau (67), Hilir Perak (66), Cheras (64), Jerantut (63(, Jasin (53), Rembau (48), Batu Pahat (48) dan Sepang (47).

Sementara itu, sebanyak 17 daerah dikategorikan sebagai zon jingga dan 77 daerah sebagai zon kuning.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS