JPJ akan sertai sekatan jalan raya polis
Diterbitkan: Apr 9, 2020 3:24 PM
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyertai sekatan jalan raya diadakan polis yang memantau pematuhan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sekarang.
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakon, berkata keputusan itu diambil selepas JPJ sendiri membuat permohonan mengenainya.
Pada waktu pelaksanaan PKP ini, pemandu yang tidak memiliki lesen memandu atau cukai jalan yang sah, terlepas daripada dikenakan tindakan polis.
Bagaimanapun mereka mesti mempunyai polisi insurans yang sah.
[Berita lanjut menyusul]

