Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nik Nazmi sedih Dr Musa dilabel ‘pemuja DAP’
Diterbitkan:  Apr 10, 2020 1:50 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Ketua Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad melahirkan rasa sedih dengan kritikan keras terhadap Dr Musa Nordin dari Hospital Pakar KPJ Damansara susulan bidasannya yang dianggap memperlekehkan usaha kerajaan memerangi Covid-19.

“Soal sama ada kita setuju atau tidak dengan pandangan Dr Musa adalah perkara kedua.

"Jadi sedih bila membaca Dr Musa dilabel 'pemuja DAP' bukan oleh tabloid murahan, tapi lidah rasmi sebuah parti Islam," ciap Nik Nazmi.


Veteran Umno saran KPJ pecat Dr Musa Nordin


Rabu lalu, Dr Musa mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti Covid-19 ketika bertugas.

Katanya, kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).

“KP (ketua pengarah) dan pegawai tertingginya di menara gading Putrajaya perlu turun ke hospital Covid/Pusat Kesihatan Daerah/Klinik Kesihatan dan melihat serta merasai kesakitan dan kesengsaraan doktor/jururawat/profesional kesihatan bersekutu yang tiada PPE asas untuk menjaga pesakit kritikal di ICU serta meningkatkan saringan dengan 17,000 ujian sehari,” kata Dr Musa.

Mengulas laporan itu, Nik Nazmi berkata agama Islam kaya dengan perbezaan pendapat.

"Islam kaya dengan perbezaan pandangan dan adab iktilaf (perbezaan) memang dah digariskan dari dulu.

"Jadi bila @drmusanordin (Dr Musa) beza pandangan dengan Dr Noor Hisham, ia patut dilihat dari perspektif seorang pengamal kesihatan utarakan pandangan dengan penjawat awam kesihatan terkanan negara.

Dr Musa ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas kontroversi melibatkan pandanganya itu.

Lihat Komen
ADS