Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Mungkin kompaun RM1,000 itu terlalu rendah'
Diterbitkan:  Apr 10, 2020 3:30 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan untuk menikkan kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap pesalah yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana masih ada yang ingkar arahan itu.

Pada sidang akhbar hariannya, di Putrajaya, beliau membandingkan jumlah kompaun di negara ini yang menurutnya jauh lebih rendah daripada yang dikenakan oleh kerajaan di Singapura, Korea Selatan dan Indonesia.

“Cuma (di) Malaysia setakat ini masih lagi RM1,000 mungkin kita nak minta pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bincang dengan pihak Peguam Negara (AGC).

“Mungkin kalau perlu, kita boleh naikkan lagi denda ataupun kompaun yang dikenakan. Dari segi penjara pun mungkin boleh tambah dan sebagainya.

“Supaya ini dianggap boleh dijadikan sebagai deterrent ataupun pastikan tidak ada lagi, mungkin ada ketakutan daripada rakyat supaya tidak lagi melakukan pengingkaran kepada PKP ini,” katanya ketika ditanya mengenai jumlah ingkar yang masih tinggi.

Ismail sebelum itu memaklumkan bahawa kadar peratusan pematuhan terhadap PKP pada 9 April adalah pada 97 peratus.

Katanya, polis telah menahan sejumlah 666 individu kerana melanggar PKP. Daripada jumlah itu seramai 392 orang telah didenda RM1,000.

Sejumlah 666 individu ditangkap kerana kesalahan berkaitan PKP semalam, dan 392 daripadanya telah dikenakan denda RM1,000 dan sebelas lagi diberi ikat jamin polis.

Sejumlah 7,479 orang telah ditangkap untuk kesalahan berkaitan PKP sejak ia dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu.

Terdahulu, Jabatan Penjara menggesa mahkamah agar tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap pelaku kesalahan itu, kerana bimbang wabak Covid-19 akan menular di penjara yang sedia sesak.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat kemudian menggesa para hakim mengambil kira kebimbangan jabatan itu ketika menjatuhkan hukuman.

Lihat Komen
ADS