China melaporkan peningkatan kes baru koronavirus ketika pihak berkuasa berusaha menghalang gelombang kedua jangkitan, terutamanya daripada kes import dan kes yang tidak menunjukkan gejala apabila sekatan perjalanan antara bandar di tarik balik.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata 46 kes baru dilaporkan pada Jumaat, termasuk 42 kes melibatkan pelancong dari luar negara.

Angka itu meningkat berbanding 42 kes sehari sebelum itu, lapor Reuters.

Suruhanjaya itu menambah sebanyak 34 kes baru yang tidak menunjukkan gejala dilaporkan, namun menurun berbanding 47 kes pada hari sebelumnya.

Jangkitan Covid-19 di tanah besar China mencecah 81,953 dengan angka kematian meningkat kepada 3,339.

Sekatan yang ketat dikenakan sejak Januari, membantu mengekang jangkitan yang meningkat pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun China bimbang terhadap gelombang kedua jangkitan yang dicetuskan oleh pesakit dari luar negara atau kes yang tidak menunjukkan gejala.

Northeastern Heilongjiang baru-baru ini melaporkan peningkatan kes baru apabila warganegara China memasuki wilayah itu dari Rusia, yang menyaksikan peningkatan kes.

Pegawai kesihatan wilayah berkata sebanyak 22 kes import baru dikesan pada Jumaat melibatkan warganegara China yang datang dari Rusia, dan satu kes tempatan di wilayah Harbin.

Mongolia mencatatkan 27 kes import baru pada pagi Sabtu yang kesemua dari Rusia, kata pihak berkuasa kesihatan di wilayah itu.

Wilayah tengah Hubei, di mana virus itu muncul pada akhir tahun lepas, dilaporkan tiada kes baru pada hari ketujuh berturut-turut.

Sejak wabak itu meletus di Wuhan yang merupakan ibu kota HUbei, ia merebak di seluruh dunia, menjangkiti 1.6 juta orang serta membunuh lebih 100,000.