Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Badan Peguam Malaysia tunggu garis panduan jelas dari k'jaan
Diterbitkan:  Apr 11, 2020 11:04 PM
Dikemaskini: 3:04 PM

Timbul persoalan tentang jenis "perkhidmatan undang-undang" yang akan dibenarkan beroperasi semasa perintah kawalan gerakan (PKP) berikutan pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam.

Menurut pekeliling oleh Badan Peguam Malaysia, perkhidmatan undang-undang yang dibenarkan tidak akan merangkumi firma guaman.

Bertarikh hari ini, pekeliling itu berkata perkara berkenaan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan kepada Presiden Badan Peguam Malaysia, Salim Bashir.

"Presiden Badan Peguam Malaysia menerima panggilan telefon dari Takiyuddin semalam dan ini diikuti oleh e-mel rasmi dari pejabatnya yang meminta firma undang-undang tetap ditutup semasa tempoh PKP.

"Sebab yang dikemukakan oleh Takiyuddin seolah-olah mencadangkan bahawa berdasarkan perbualannya dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MIiti) Azmin Ali, kenyataan media Miti tidak mempunyai spesifikasi dan definisi yang jelas tentang 'perkhidmatan undang-undang' yang dimaksudkan," katanya.

Badan Peguam Malaysia memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa garis panduan yang lebih jelas akan tersedia tidak lama lagi.

"Majlis Peguam diberitahu bahawa kerajaan akan memberikan penjelasan dan prosedur operasi piawai untuk sektor undang-undang setelah berbincang dengan Majlis Keselamatan Nasional," katanya.

Pegawai Takiyuddin kemudiannya mengesahkan kenyataan yang diberikan kepada Badan Peguam Malaysia dalam kumpulan WhatsApp medianya.

Susulan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa PKP dilanjutkan sehingga 28 April, Miti menerbitkan senarai sektor ekonomi yang akan dibenarkan dibuka semula di bawah garis panduan kawalan kesihatan dan pergerakan yang ketat.

Syarikat terlibat akan dapat mula memohon kebenaran untuk dibuka pada pukul 9 pagi Isnin ini (13 April).

Kebanyakan sektor tidak beroperasi sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac bagi membendung Covid-19.

Lihat Komen
ADS