Kuatkan semangat, semua perayaan agama terkesan - Anwar
Presiden PKR Anwar Ibrahim meminta orang ramai menguatkan semangat memandangkan banyak perayaan agama terkesan dengan penyebaran Covid-19.
“Seperti yang semua tahu, penganut-penganut Sikh juga terkesan dengan serangan wabak Covid-19 yang kini menghadkan aktiviti keramaian, selain penganut Kristian yang menyambut Easter semalam, dan juga orang-orang Islam yang akan turut terkesan memandangkan bulan Ramadan dan Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi.
“Ingin saya zahirkan rasa simpati kepada kalian, dan tegaskan bahawa inilah masanya untuk kita kuat semangat, memperkuat persefahaman dan kerukunan kita mencari ikhtiar dalam menundukkan Covid-19,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam perutusan selamat menyambut Hari Vaisakhi kepada seluruh penganut Sikh di Malaysia hari ini.

