Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Senarai sektor tambahan yang dibenar beroperasi semasa PKP
Diterbitkan:  Apr 13, 2020 5:28 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Berikut adalah senarai sektor-sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan diperketatakan.

Ini adalah lampiran yang disedut dari Soalan Lazim (FAQ) yang diterbitkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Bilangan 3.

Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaran)

Industri Mesin dan peralatan

Industri Aeroangkasa

Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkataian pembinaan:

(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama

(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas

(iii) Kerja-kerja terowong

(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan

(v) Kerja-kerja cerun

(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak

(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air

bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan

pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak

(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan

bahaya

(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas

(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja

seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

(xi) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja

seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

(xii) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk

artitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan,

pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan

Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktiviti R&D berkaitan COVID19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja)

Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar(hanya terhad kepada registered Tradional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik

Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)


Senarai sektor pembuatan kritikal yang dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat MITI

Senarai Barang Penting yang Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

1. Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport

• Beras

• Gula

• Minyak sayuran dan lemak haiwan

• Tepung dan bijirin

• Roti

• Air

• Produk tenusu – susu dan formula bayi

• Rempah ratus

• Makanan kering

• Kopi dan teh

• Makanan dalam tin

• Daging

• Ayam

• Makanan haiwan / ternakan

• Proses buah dan sayuran

2. Pertanian dan perikanan, termasuk import

• Ikan dan makanan laut

• Buah-buahan

• Sayur-sayuran

3. Produk barangan rumah

• Bahan pencuci

• Bahan pembasmi kuman

• Sanitisers

• Barang penjagaan diri

• Tisu tandas dan kertas tisu

4. Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment - PPE)

termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan

termasuk topeng muka, sarung tangan getah.

5. Farmaseutikal – semua bahan kimia dan ubat-ubatan

6. Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat

7. Peranti perubatan dan pembedahan

8. Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahagian untuk ventilator


Senarai Produk Yang Merupakan Sebahagian Daripada Rantaian Bekalan Produk Penting Bagi Pengecualian Sekatan Pergerakan

1. Minyak dan Gas

2. Petrokimia

• Resin PTA & PET

• Serat poliester & filament

• Polypropylene & polyethylene

• Resin ABS & MABS

• Maleic Anhydride

• Resin Pes PVC (PVC Paste Resins)

• Expanded EPE

• Impact modifiers & processing aids

• Styrene Monomer

• Styrene Butadiene Latex

• Polystyrene

3. Bahan dan produk kimia – Baja dan Racun

4. Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor


Lihat Komen
ADS