BERITA

PKPD diperluas di seluruh Masjid India, kawasan sekitar

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Apr 2020, 7:42 pagi

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas kawasan Masjid India, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Sebelum ini hanya dua bangunan flat di kawasan itu iaitu Selangor Mansion dan Malayan Mansion diletakkan di bawah PKPD.

Namun PKPD kini diperluaskan melibatkan bangunan di sepanjang Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.

Ini adalah PKPD kelima selepas kawasan Simpang Renggam, Hulu Langat, bangunan City One Plaza di Jalan Munshi Abdullah dan dua bangunan di Masjid India dikenakan perintah yang sama.

"Kami putuskan laksanakan arahan PKPD kelima di kawasan Masjid India dan kawasan sekitarnya.

"Ia akan berkuatkuasa 14 April 2020 sehingga 28 April," kata Ismail dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail merupakan menteri kanan yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan dan ditugaskan menyelaras penguatkuasaan semasa PKP.

Pada 12 April, jumlah kes Covid-19 di Selangor Mansion meningkat hampir dua kali ganda daripada 43 kes kepada 75 kes.

Bilangan kes Covid-19 di Malayan Mansion kekal empat kes setakat ini.

Kedua-dua bangunan itu kebanyakannya diduduki oleh pekerja asing.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.