Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pekerja syarikat dibenar beroperasi wajib jalani saringan Covid-19
Diterbitkan:  Apr 16, 2020 5:34 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Semua pekerja syarikat yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) adalah diwajibkan menjalani saringan Covid-19.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali berkata bahawa ujian menjalani saringan boleh dilakukan di mana-mana lebih 3,000 panel klinik kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso di seluruh negara.

“Majikan yang memohon untuk beroperasi perlu memastikan pekerja-pekerja menjalani saringan di lebih 3,000 panel klinik kesihatan Perkeso di seluruh negara mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya difahamkan Perkeso telah bersetuju untuk membiayai kos saringan untuk pekerja yang berkenaan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Di bawah fasa 3 PKP, semua syarikat yang mempunyai kelulusan untuk beroperasi mesti mengemukakan senarai pekerja yang terlibat dalam operasi untuk memastikan pergerakan mereka terbatas untuk melakukan perjalanan dari rumah ke tempat kerja.

Azmin berkata syarikat juga mesti membekalkan alat saringan suhu badan atau thermal scanner serta saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas.

“Bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan untuk rujukan,” katanya.

PKP akan berlangsung hingga 28 April ini dan boleh dilanjutkan.

Sehingga hari ini terdapat 5,182 kes Covid-19 dengan 84 kematian. 2.766 mangsa atau 53.4 peratus yang didapati positif telah pulih.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS