Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
31 jangkitan dalam kluster petugas kesihatan Sabah
Diterbitkan:  Apr 18, 2020 5:27 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Kluster jangkitan petugas kesihatan di Sabah melibatkan tiga buah hospital dengan 31 jangkitan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata hospital yang terlibat ialah Hospital Queen Elizabeth 2 di Kota Kinabalu, Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas dan Hospital Keningau.

Kluster itu pertama kali dikesan pada 2 April, setelah seorang petugas kesihatan di Hospital Queen Elizabeth 2 mula menunjukkan gejala seperti batuk dan selesema.

Jejak kontak rapat telah mengesan 31 jangkitan setakat ini, termasuk dua jangkitan baru hari ini.

Daripada mereka yang dijangkiti, 23 adalah petugas kesihatan, dan 8 mempunyai kaitan keluarga.

Noor Hisham pada sidang medianya juga memaklumkan bahawa kerajaan sedang berusaha mendapatkan bekalan peralatan perlindungan diri (PPE).

"Setakat ini, kita sedang cuba dapatkan bekalan PPE. Kita masih mempunyai stok yang mencukupi," katanya.

Jelasnya, terdapat 18 jenis PPE yang berbeza, dan KKM sedang meneliti stok di negeri dan hospital.

"Kita mempunyai bekalan yang mencukupi, setidaknya selama satu bulan, tetapi ada PPE tertentu," katanya.

Beliau memberikan contoh topeng N95 yang merupakan isu utama, namun menambah bahawa KKM sudah menangani perkara itu dan kini mempunyai stok topeng N95 yang cukup untuk bertahan sekurang-kurangnya 19 hari lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS