Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KP Kesihatan: Longgar sempadan perjalanan sosial masih perlu tunggu

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata negara mesti terus mengawal ketat sempadannya.

Jelas beliau, ini bermaksud perjalanan dengan tujuan sosial atau pendidikan masih perlu bersabar.

"Untuk mengurangkan sekatan, kami melihat sekiranya beberapa sektor ekonomi dapat dibenarkan bergerak terlebih dahulu.

"Maksudnya sektor sosial dan pendidikan perlu menunggu lebih lama," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Katanya, pelonggaran sekatan sempadan mesti dilakukan secara perlahan-lahan.

Ini terutama kerana semakin banyak kes dikenal pasti di negara lain.

Beliau berkata, kawalan sempadan yang ketat menjadi sebahagian daripada kejayaan perintah kawalan pergerakan.

Jangkitan baru mencatatkan angka dua digit selama seminggu sekarang, menunjukkan keluk graf penularan wabak semakin mendatar.

Mengenai sama ada perintah kawalan pergerakan akan disambung atau tidak, Noor Hisham berkata KKM akan memberikan data yang diperlukan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membuat penilaian dalam beberapa hari ini.

PKP dijadualkan berakhir pada 28 April.

Noor Hisham berkata satu faktor yang perlu diperhatikan adalah penularan tempatan, yang mana terdapat 52 kes hari ini, termasuk 22 daripada warga asing.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan kerajaan sedang menjalin kerjasama dengan negara-negara lain dalam hal mengusahakan vaksin.

Norr Hisham turut mengesahkan dua syarikat China berminat untuk menjalankan ujian klinikal di Malaysia tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan apa-apa mengenainya.

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS