Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis rakam kenyataan anak Zahid Hamidi pagi ini
Diterbitkan:  Apr 24, 2020 8:39 AM
Dikemaskini: 2:58 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Polis dijangka merakamkan kenyataan anak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah di Bukit Aman hari ini atas dakwaan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Nurulhidayah ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini mengesahkan janji temu dengan ibu pejabat polis tetapi enggan mengulas lanjut.

Malaysiakini difahamkan kenyataan itu akan dirakamkan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) dan suaminya sekitar jam 11 pagi ini.

Portal ini juga sudah menghubungi Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan sedang menunggu maklum balasnya berkaitan perkembangan itu.

Baru-baru ini, Nurulhidayah menyiarkan gambarnya di Putrajaya selepas bertemu dengan timbalan menteri alam sekitar dan air Ahmad Masrizal Muhammad di Instagram.

Gambar itu menunjukkan dirinya, suami dan Masrizal berdiri dalam keadaan berjarak. Dia juga bertemu menteri agama Zulkifli Mohamad di pejabat bekas mufti itu.

Selepas dikritik warga maya, Nurul mencabar mereka membuat laporan polis.

Ketika PKP, hanya seorang dibenarkan bergerak menggunakan kereta dalam jarak 10 kilometer daripada kediaman, kecuali mendapat kebenaran khas polis atau pihak berkuasa untuk bekerja.

Beberapa wakil rakyat turut mendapat kritikan dalam sama termasuk timbalan menteri kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali, menyebabkan beliau meminta maaf.

Menteri Kanan Ismail Sabri berkata tiada individu melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat perkara berkaitan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS